Salam semua..
Kali ni cerita saya ride ke Krabi bersama MBC dan Adventure Riders...kami bertolak Jumaat 24 Mei.
RV di Rawang..saya terlajak pulak.hehe selalu ke Sg Buloh..Saya meneruskan perjalanan dan tggu
di Simpang Pulai.Ride yang menarik..ade 2 buah motosikal RKV 200cc.So dapat lah tanya macam mana
handling..fuel consumption..motor ni.Saya berkenalan dgn abam2 Adventure Riders..oh mereka semua
kenal ahli MBC rupanya..Otai otai ni...hehe.Lepas suai kenal kami pun meneruskan perjalanan dan
berhenti di Juru..mata dah layu ni..dah pukul 4 pagi.
Berhenti di Juru sempat makan megi lapar pulak .
Lepas itu kami pn meneruskan perjalanan ke hentian berikutnya...iaitu RnR Gurun.Kami berhenti makan minum dan berehat.
Selepas itu kami pn meruskan perjalanan ke Changlun untuk menukar duit,Thai Insurans dan refuel sebelum masuk Siam.
Selepas semua urusan selesai ..kami terus ke imigresen untuk urusan memasuki Siaaaam...Setelah beratur panjang..
sebab hari kami pergi tu ..ade public holiday...beratur panjang.. hehe..
Setelah selesai kami pun masuk kedepan sikit ada kedai muslim..minum dahulu sambil menunggu rakan-rakan...
Kedai Hj disini roti canainya sedap sekali..
Sampai disini kami belok ke kiri untuk ke Krabi..Dan kami berpisah dengan Shahir yang akan meneruskan perjalanan ke Hatyai.
Setelah mengharungi perjalanan panas kejap kejap hujan kami tiba di bandar Trang untuk makan tengahari.Refuel dahulu.
Selepas itu kami pn mencari kedai muslim .Pusing punya pusing,tanya orang...masih tak jumpa kedai muslim.Akhirnya dengan bantuan Tut Tut menolong kami dengan menunjukkan kedai makanan muslim di Trang.Ini yang menyeronokkan tentang Thailand sesat tak jumpa cari sahaja Tut Tut.hehe.Restoran muslim ni sambalnya enak sekali.
mmmm dapnyer.Nak mai la Trang di Thailand.
Lepas makan kami meneruskan perjalanan ke Destinasi kami iaitu Krabi langit dah gelap.
Perjalanan mwnuju ke Krabi tanpa menggunakan GPS malu bertanya sesat jalan.Kami sampai di simpang road 403tengh fikir terus ke belok
kanan.sambil diskusi.
Akhirnya ada satu penduduk lalu tepi kami.Dan kami pun bertanya arah mana nak ke Krabi.Dia cakap ..this traffic light turn right.Kami
pun follow .Dan perjalanan kami disambut dengan hujan..alhamdulillah...kalau panas lagi la mengantuk sebab dari malam tadi ride dari KL.
Schedule ride kali ni.memang KL to Krabi pergh jauh tu.. :D.
Dan akhirnya kami sampai di Krabi yeayy.Apa lagi snap pic dulu.Dengan muka letih sebab tak tidur semalaman.Semua pakat berhenti amik gambar signboard haha.Gembira para riders setelah jauh ride.
Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke satu Temple.Uncle Franchis Lee said he want to go to the Temple.Masa park motosikal
ada amoi siam ni tegur ..aku pulak cakap Sorry I dont Understand..and she said in english .Where did you guys come from.
I said from Kuala Lumpur Malaysia. And she was like....Are you guys riding your bike to here...it's so far away....!
And I said yes...we riding the whole night until today afternoon to reach Krabi.And she said..Wow...you guys..! are awesome ! Seems she like never meet bikers yang ride jauh jauh..So di kesempatan ini kami mengambil gambar.Sebab dia sangat
sporting dan boleh cakap malaysia sikit sikit...Tourist guide le katakan.Saya email gambar ni padanya..dan bagi details kalau datang Malaysia please find us..hehe..Adventure Riders..!
Selepas itu kami meneruskan perjalanan.Misi mencari Ketam...setelah bergambar bersama ketam..Kami pun bergegas ke Hotel..Hujan turun dengan lebatnya.Nasib saya ada baju hujan.
Gambar model model hensem.Amri nampak so excited setelah puas mengharungi perjalanan yang jauh untuk jumpa si Ketam hehe.
Lepas checkin..kami pn bersihkan diri dulu..Malamnya kami keluar berjalan jalan di Ao Nang Beach..suasana masih hujan...rintik rintik..
Perut dah lapar kami makan di kedai berhampiran.Tidak susah untuk makan disini populasi Muslim is 60% .
Hujan kan..tengok baju hujan orang tu..hehe
Lepas tu apa lagi..balik tidoq la...zzz sambung esok..hehe