Kali ni MBC ride ke Sadao bike week pulak.Saya ride kali ni memang letih sebab baru outstation di Brunei.Sampai di KLIA terus balik rumah ambil motor terus ke Sg Buloh sebab masa tiba di KL pun dah dekat time nak RV.
Kami tiba di Gurun agak lewat macam biasa santai.Sampai di gurun jumpa Abang Achit naik Scooter merah nyer.Apa lagi ajak minum sekali le.
Berhenti di Changlun bagi para rider nak tukar duit siam dan juga buat insurans.
Tadaaa. Kami di Sadao Bike Week :D
Lepas tu kami ke Cable Car Hatyai pulak
Naik ke atas untuk ke cable car.
Tu dia mak aih 200bath. mahal gak.
Gayat bang...hehe
Pemandangan dari dalam cable car.Anda dapat melihat bandar Hatyai.
Macam biasa hero kena bergambar dulu. :P
Ini di floating market.Kalau pergi Hatyai sini mesti kena pergi makanan nya sedap sedap belaka.
Pagi keesokannya kami akan berlepas ke Kuala Lumpur.Kami ride just for Sadao Bike Week dan jalan jalan di Hatyai.Breakfirst di kedai Muslim berdekatan.
Model polis trafik hehe
On de way balik hujan di Danok.Kami berhenti untuk shopping.
Kami refill di Petronas Bukit Kayu Hitam sebelum meneruskan perjalanan ke Gurun.Kelihatan group Goldwing dan Custom Bike dari Bike Week Sadao pulang ke Malaysia.
Lepas tu kami ke Kuala Kangsar pulak untuk pekena laksa.
mmmm dapnyer laksaaa...favourite tu.Kami makan laksa di rumah riders MBC iaitu di rumah Emy di Kuala Kangsar.
Kami tiba di Petron Sungai Buloh.Gembira para peserta semua.Yang penting kami semua selamat pergi dan pulang.Kita akan ride lagi pada masa akan datang.Cheers to all MBCians.