Strawberry Farm in Genting Highlands
Friday, August 22, 2014
Atletico Win Spanish Cup
Congrats Atletico Madrid for winning the Spanish Super Cup.
A Billionaire team lost 2 in a row.. /evil laugh
Monday, August 18, 2014
Sunday, August 17, 2014
JANGAN MAKAN MAGGI
JANGAN MAKAN MAGGI !
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Salam semua
haaaaaaa bukan lah kata jangan makan maggi terus kan ... kekerapan itu harus diperhatikan ..
sumber dari FB .. tapi ada benarnya .. patutlahhh selama ini mak2 kita selalu pesan kat anak2 jangan makan banyak maggi segera nie ... kenapa .. sedap nieeee ... makan hari2 pun ok ekekek ..
hakikatnya , keburukan maggi ini kalau kita ketahui amatlahh menakutkan .. sib baikk lah akak dan anak2 jarang makan .. soo kalau ada pun sebulan 1-2 kali aje masak .. so pek 5 bungkus maggi tuu memang utk sebulan sahaja .
Jangan terlalu kerap makan mee segera. Ia antara penyebab kanser seperti kanser usus. Bagi masa sekurang-kurang 3 hari. Jika hendak makan sekali pun, panaskan dan buang air rendaman.
Copy Paste
Friday, August 15, 2014
Keturunan 25 Nabi
Assalammualaikum Rakan Rakan
Asyik citer motor aje...kali ni kita cerita Keturunan 25 Nabi /Rasul pula.
Senarai 25 RASUL pilihan:,,,,,,,,.
1. Nabi Adam Alaihissalaam.
Asal keturunan semua manusia. Isterinya bernama Hawa yang dicipta daripada tulang rusuk baginda.
Mulanya tinggal di Syurga, kemudian Allah swt turunkan mereka ke Dunia.
2. Nabi Idris Alaihissalaam.
Penduduk Babil Iraq, terima 30 suhuf untuk umatnya keturunan Qabil. Orang pertama pandai menulis,
membaca, ilmu falak dan jahit menjahit.
3. Nabi Nuh Alaihissalaam.
Allah utus baginda ke negeri Arminia. Allah swt telah menurunkan bala dengan banjir besar kepada kaumnya
yang ingkar. Baginda digelar’ Najiyullah.
4. Nabi Hud Alaihissalaam
.
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt
Berketurunan Sam bin Nuh. Diutuskan kepada kaum ‘Ad di utara Hadhra Maut, Yaman. Allah swt
membinasakan kaumnya yang ingkar dengan angin kencang yang sangat sejuk 8 hari 7 malam.
5. Nabi Soleh Alaihissalaam.
Berketurunan Sam bin Nuh daripada generasi ke 6. Diutuskan kepada kaum Thamut, di antara Hijaz dan
Syam. Allah memusnahkan kaumnya yang ingkar dengan pekikan suara yang kuat dari langit.
6. Nabi Ibrahim Alaihissalaam.
Juga berketurunan Sam bin Nuh. Dilahirkan di Musol, Iraq ketika pemerintahan raja Namrud. Di gelar
dengan ‘Khalilullah’. Seorang yang bijak dan berfikir.
7. Nabi Luth Alaihissalaam
Anak saudara Nabi Ibrahim Alaihissalaam. Diutuskan kepada penduduk negeri Sadum (Laut Mati, Jordan).
Allah swt menurunkan bala kepada penduduk yang derhaka dengan menurunkan hujan batu yang
membinasakan mereka.
8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
8. Nabi Ismail Alaihissalaam.
Putera nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Hajar. Baginda dan ibunya orang pertama yang mendiami Mekah.
Baginda membantu bapanya membina ka’bah. Digelar sebagai ‘Zabhihullah’.
9. Nabi Ishak Alaihissalaam.
Putera Nabi Ibrahim Alaihissalaam dengan Sarah. Daripadanya lahir berketurunan Bani Israel. Dimakamkan
di Hibrun, Palestin.
10. Nabi Ya’kub Alaihissalaam
.
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada
Putera Nabi Ishak Alaihissalaam. Juga dikenali dengan nama Israil (hamba Allah). Diutuskan kepada
penduduk negeri Kan’an. Dikurniakan 12 orang anak lelaki, antaranya ialah Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Dimakamkan di Hibrun bersebelah bapanya.
11. Nabi Yusuf Alaihissalaam.
Putera Nabi Ya’kub Alaihissalaam yang paling disayangi. Seorang yang sabar, tabah, pemaaf, penyayang,
dan sangat menghormati orang tuanya. Keistimewaannya ialah sangat kacak, pandai mentadbir mimpi dan
bijaksana.
12. Nabi Ayub Alaihissalaam.
Keturunan nabi Ishak Alaihissalaam. Di kurniakan harta yang banyak dan anak yang ramai. Seorang yang
bertaqwa dan suka membantu. Diuji dengan kemusnahan harta, kematian anak dan mengidap penyakit yang
berat bertahun-tahun. Baginda sabar dan mempunyai iman yang teguh.
13. Nabi Zulkifli Alaihissalaam
Putera Nabi Ayub Alaihissalaam. Seorang nabi dan raja kepada penduduk di Dmsyik dan sekitarnya. Asal
nama baginda ialah Bashar, dan maksud Zulkifli ialah bersanggupan kerana baginda banyak berpuasa di
siang hari dan beribadat pada waktu malam.
14. Nabi Syuib Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Luth Alaihissalaam. Diutuskan ke negeri Madyan, Jordan. Kaumnya mengamalkan sikap
mengurangkan timbangan dan sukatan dalam jual beli. Allah binasakan mereka dengan gempa bumi dan petir
yang sangat dasyat.
15. Nabi Musa Alaihissalaam
Keturunan Nabi Ya’kub Alaihissalaam. Putera Imran, saudara Nabi Harun. Dipelihara oleh Asiah isteri
Firaun. Firaun menentang dakwah Nabi Musa akibatnya mati lemas tenggelam dalam Laut Merah.
16. Nabi Harun Alaihissalaam
Saudara Nabi Musa Alaihissalaam. Seorang yang fasih berbicara merupakan teman dakwah Nabi Musa.
17. Nabi Daud Alaihissalaam
Berketurunan Nabi Ishak. Baginda memiliki suara yang merdu, dan boleh melembutkan besi dengan tangan.
Seorang yang kuat beribadat, raja yang adil dan bijaksana. Telah membina kota BaitulMaqdis bersama-sam
puteranya Nabi Sulaiman
18. Nabi Sulaiman Alaihissalaam
Putera Nabi Daud. Seorang rasul dan raja yang bijaksana. Keistimewaan baginda ialah boleh memahami
bahasa binatang, boleh memerintah angin dan jin. Berjaya mengislamkan ratu Balqis, kemudian berkahwin
dengannya.
19. Nabi Ilyas Alaihissalaam
Keturunan Nabi Harun. Diutuskan kepada Bani Israel yang ketika itu menyembah berhala, Ba’l. Baginda
berdakwah kepada mereka, tetapi gagal. Allah menurunkan bala dengan kemarau selama 3 tahun.
20. Nabi Ilyasa’ Alaihissalaam
Anak angkat Nabi Ilyas. Diutuskan kepada Bani Israel. Baginda berjaya didalam dakwahnya. Tetapi setelah
baginda meninggal, Bani Israel kembali kufur. Allah menurunkan bala dengan melenyapkan segala
kesenangan yang dinikmati.
21. Nabi Yunus Alaihissalaam
Diutuskan kepada kaum yang menyembah berhala di Ninawa, Iraq. Apabila mereka enggan menerima
dakwahnya, baginda meninggalkan mereka dan menumpang sebuah kapal. Kapal tersebut mengalami
masalah, dan baginda terpilih untuk dibuang ke dalam laut bagi mengatasi masalah kapal tersebut daripada
karam. Baginda di telan ikan nun (paus).
22. Nabi Zakaria Alaihissalaam
Keturunan Nabi Sulaiman. Diutuskan kepada Bani Israel, Palestin. Baginda sentiasa berdoa supaya
dikurniakan zuriat. Pada usianya 100 tahun dan isterinya mandul, baginda dikurniakan anak yang dinamakan
Yahya (hidup). Baginda juga telah membesar Maryam, ibu Nabi Isa.
23. Nabi Yahya Alaihissalaam
Putera Nabi Zakaria. Dikurniakan kepada baginda ilmu yang luas sejak kecil. Seorang yang bertaqwa
, berbudi bahasa, rajin, dan tidak sombong. Mati syahid dibunuh oleh raja yang kejam demi
mempertahankan hukum Allah.
24. Nabi Isa Alaihissalaam
Putera Maryam bt. Imran. Jibril telah meniupkan ruh suci ke dalam rahim ibunya. Baginda boleh bercakap
ketika masih bayi. Diutuskan kepada Bani Israel, dan diberikan kitab Injil. Bani Israel yang ingkar dengan
dakwahnya cuba untuk membunuh baginda, namun Allah mengangkatnya ke langit dan akan turun ke bumi
untuk menegakkan kebenaran.
25. Nabi Muhammad S.A.W
.
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia
Berketurunan Bani Ismail. Dilahirkan di kota Mekah. Di gelar ‘al-Amin’. Dilantik sebagai rasul ketika berusia
40 tahun. Merupakan nabi dan rasul yang terakhir. Baginda menerima ujian yang dasyat daripada kaum
Musyrikin Mekah. Baginda wafat di kota Madinah.
Lima Nabi / Rasul yang mendapat gelaran Ulul Azmi disebabkan oleh tentangan dan ujian yang diterima lebih
hebat berbanding nabi-nabi lain dalam menyampaikan agama Allah ialah:
1. Nuh Alaihissalaam
2. Ibrahim Alaihissalaam
3. Musa Alaihissalaam
4. Isa Alaihissalaam
5. Muhammad shallallahu 'alaihi wasallam
Sekadar bercerita dan share, Selamat beramal
Copy Paste Dari Internet
Subscribe to:
Posts (Atom)
MBC Ride Pekan Baru - Bukit Tinggi - Padang (MBC Sumatera Ride )
Hi All ...!! This time we ride from Pekan Baru to Bukit Tinggi and Padang Sumatera 2017 lama x tulis tulis ... woi.... dh malas hehe...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or m...
-
My Last Visit Betong was on 2014 So it was 3 years ago :( It's good to be back 😂 On Saturday 16 Dec 2017 At 8.30 am we ride fr...
-
Warisan Dato Maharajalela yang terbiar. Sedih bila balik kampung melalui jalan ini dan terpandang warisan yang dibiarkan....sedihnya..Masa...