Friday, June 7, 2013

Sadao Bike Week Ride

Kali ni MBC ride ke Sadao bike week pulak.Saya ride kali ni memang letih sebab baru outstation di Brunei.Sampai di KLIA terus balik rumah ambil motor terus ke Sg Buloh sebab masa tiba di KL pun dah dekat time nak RV.





Kami tiba di Gurun agak lewat macam biasa santai.Sampai di gurun jumpa Abang Achit naik Scooter merah nyer.Apa lagi ajak minum sekali le.



Berhenti di Changlun bagi para rider nak tukar duit siam dan juga buat insurans.








Tadaaa. Kami di Sadao Bike Week :D



Lepas tu kami ke Cable Car Hatyai pulak


Naik ke atas untuk ke cable car.



Tu dia mak aih 200bath. mahal gak.



Gayat bang...hehe


Pemandangan dari dalam cable car.Anda dapat melihat bandar Hatyai.




Macam biasa hero kena bergambar dulu. :P






Ini di floating market.Kalau pergi Hatyai sini mesti kena pergi makanan nya sedap sedap belaka.









Pagi keesokannya kami akan berlepas ke Kuala Lumpur.Kami ride just for Sadao Bike Week dan jalan jalan di Hatyai.Breakfirst di kedai Muslim berdekatan.







Model polis trafik hehe



On de way balik hujan di Danok.Kami berhenti untuk shopping.

Kami refill di Petronas Bukit Kayu Hitam sebelum meneruskan perjalanan ke Gurun.Kelihatan group Goldwing dan Custom Bike dari Bike Week Sadao pulang ke Malaysia.








Lepas tu kami ke Kuala Kangsar pulak untuk pekena laksa.



mmmm dapnyer laksaaa...favourite tu.Kami makan laksa di rumah riders MBC iaitu di rumah Emy di Kuala Kangsar.




Kami tiba di Petron Sungai Buloh.Gembira para peserta semua.Yang penting kami semua selamat pergi dan pulang.Kita akan ride lagi pada masa akan datang.Cheers to all MBCians.



Saturday, June 1, 2013

Ride To Menara Condong

Ok kali ni saya ride ke Menara Condong Teluk Intan Perak pula. Ride kali ni saya dari Putrajaya.Abang saya dan kawan2 dari Taiping Rider dari Factory Silverstone Kamunting. Kami jumpa di Menara Condong dlm pukul 2 petang.Sampai sahaja di menara condong mereka semua sudah menunggu saya di foodcourt Apa lagi minum dulu lah dah haus ni.

Ride terdiri dari motosikal LC,Modenas CT,Future dan Saya CBR Syok juga dapat ride bersama ahli keluarga yer..Dulu kecik2 tengok depa ja pergi ride.. Sekarang boleh ride sekali Syiok...!!


Lepas pusing2 kami kami pun pulang pada petangnya.Saya meneruskan perjalanan ke Putrajaya.Manakala Abang saya dan rakan2 akan melalui Pantai Remis dan tembus ke Terong -Changkat Jering.

Lady Kaka pun ade kat sini.




Masa untuk pulang ke destinasi masing masing.




Seronok juga dapat jelajah negeri sendiri..banyak tempat masih belum diterokai lagi,mungkin ada rezeki saya akan teroka perak tengah.kasi pusing habis :D . Jumpa anda di ride akan datang.

Monday, May 27, 2013

Krabi Ride Day 03 - Ride from Danok To KL

Salam semua  😟 bikers
Day 03
Ride from Danok to KL
Distance 500KM
😓
Route PLUS Highway



Ok hari ni kami akan bertolak ke KL dan sebelum tu kami pergi shopping di Danok .Kelihatan Abang Nik berposing dengan beras di Danok.Katanya beras ni sedap.Kat Thiland semuanya sedap sedap belaka hehe



Mercun .....untuk stok raya ! Kepada sapa sapa nak beli boleh la mai sini macam macam ade.Masuk malaysia kena tahan sendiri tanggung hehe... 😓



Amri tengah tengok replica pistol.Nak beli tembak ape tu bro hehe ...💃





Macam mcm ade....


Pistol James Bond hehe




Easy rider..Souviner cantik...😚


Cantik tak helmet ni mahal gak wo.Kalau tak silap dia jual rm 300 kot...Belik kat Indon murah ckit hehe



Pedang Samurai....Hattori Hanzo...hehe



Lepas tu kami pun balik ke Hotel dan bersiap siap untuk bertolak ke KL.Sambil tu Test duduk aje RKV Abg Achik memang smart ade box kiri kanan.Kuat RKV ni kejap kejap masuk siam... 😠




Selepas 7 jam....kami semua  safe arrived to KL.Tahniah semua peserta selamat pergi dan pulang..Terima kasih pada Pok Nik kerana buat ride ni memang sempoi.Adventure Riders next time boleh ride lagi .OK Sekian ride report yang tak seberapa dari saya.Jumpa anda di ride akan datang.Cheers..!!!



Tu dia,,,MASK Rider.. hehehe 😍







Sunday, May 26, 2013

Krabi Day 02 - From Krabi To Danok Ride

Hari berikutnya...awal pagi saya dah merayap...di Ao Nang Beach.Ade awek jalan2 ..anjing dok ngusik dia... Rupanya dok satu hotel dgn kami.Depa pergi Scuba..Diving...Fuhh syok tu...xpa next time saya pegi scuba.. pulak.

Kepada peminat MU..tahniah la sebab dapat piala..tahun ni..Ops...iklan sekejap.


Tsunami signboard die tulis lari terus jangan kona kona lagi.

Rasa cam nak mandi aje...suasana yang menyeronokkan...angin sepoi sepoi di pagi hari layan ooo.




Lepas tu kami breakfirst..di kedai muslim berdekatan setelah meronda ronda..Makanan nasi kuning..sedap sekali.Atas bantuan satu tourist dari Hatyai yang boleh berbahasa English and Malaysia dapat kami memesan minuman.Cha Damron (Teh O Ais) satu terpinga pinga Tourist Guide tu.Ni hasil belajar dengan otai otai bahasa siam.Suasana agak sibuk dengan group tourist pn makan masa itu.


Nasi kuning..sedap.


Lepas makan kami ronda ronda Ao Nang Beach dengan menaiki motor.




Cantik kan.



Turtle...



Setelah pusing kami kembali ke hotel dan akan checkout pada tengahari.


Gambar semua riders dgn Owner Hotel yang mesra dgn uncle Francis :D Nice..


Maka another adventure ..pun bermula..Kami akan ke Danok dan tido disana ..keesokan baru balik ke KL. Dalam perjalanan group RKV tertinggal di belakang akibat kehabisan minyak..Kami menunggu mereka di persimpangan ke Hatyai.. Sementara menunggu kami lihat banyak group bikers easy riders melalui jalan ini mungkin ke Hatyai or Songkhla.Kelihatan dua biji Easy Riders sedang pekena rokok sementara menanti rakan mereka..

Lepas regroup kami pun vroom..dan di depan sedikit kami pun refuel.



Few daripada kami ke Hat Yai.Uncle Francis Shopping..  :D


Lepas shopping kami terus ke Danok dan menginap disana.Jumpa brother Mohdi yang kebetulan pun ade disitu..


Bagus nilai yang diterapkan kerajaan Thai.Petang akan kedengaran lagu negara mereka.Dan semua rakyat nya berdiri dan menyanyi lagu kebangsaan. Well Done.


Lepas check in dan rehat .Malam pukul 8  kami pun keluar cari makanan..dah lapar dah ni ..kami makan di tempat berdekatan ......sedapnyer daging bakar....


Tomyam pun sedap..alahai 3 pinggan kot..depa makan.




MBC Ride Pekan Baru - Bukit Tinggi - Padang (MBC Sumatera Ride )

Hi All  ...!! This time we ride from Pekan Baru to Bukit Tinggi and Padang Sumatera 2017  lama x tulis tulis ... woi.... dh malas hehe...