Kali ni saya and co ride to Koh Samui .Ride di terajui oleh MBC Shaiful.Macam biasa RV di RnR Sg Buloh.Ride kali ini memang menarik.Kerana 3 peserta MBC dari Johor iaitu Abg Nas,Cikgu CBA dan Cikgu Ors.
Menginap di Sabai Sabai Songhkla.Ketibaan kami disambut dengan hujan di Songkhla.Apa pun kami selamat tiba.Jalan kesini masa hujan agak licin.Saya beberapa kali tayar slide nasib baik tayar baru :D. Maxxis.Kalau tayar dulu Shinko ntah le hehe.
Lepas check in dan berehat sebentar .Kami pun ambil kesempatan ini round round Songkhla.Sebelum round kami sarapan dahulu di restoran muslim di songkhla.Kedai Muslim memang banyak di Songkhla.
Tengok monyet tu rilek je die dok atas wayar letrik.Sape ade branni boleh la pergi duduk sekali dengan dia mesti rentung punya lah hehe.
Di Songkhla bergambar bersama kepala naga.Ini model model MBC .Encem encem kan.
Selepas itu kami ke Hatyai Floating Market pulak.Abang Xj6 kita pose dulu.
Makanan kat sini memang sedap lah.Setiap kali datang mesti kena singgah Floating Market.Unik market dia masa pertama saya datang sini.So bila datang Hatyai saya mesti datang sini.
Order Teh ais made in Floating Market tekak dah haus..
Sunset at Floating Market cantikkan pemandangan ....
Pemandangan di Floating Market.Suasana yang ramai pengunjung.
Sambungan Day 02 kisah MBC Ride To Koh Samui akan di update....sabar yer..kawan kawan..peace
Day 01 Video
Terbaik
ReplyDelete