Pengawal Bay Watch part time...hehe
Monday, December 8, 2014
Friday, December 5, 2014
Restoran Gyuniku Pasar Seni
Gyuniku sorry ade iklan pulak ..haha..Ruangan dalam restoran ala ala rumah dulu dulu .
Monday, December 1, 2014
Beach Ride
Weekend ride with my bro. We going to beach Morib..perjalanan from putrajaya yang syahdu..melalui paya wetland,banting mengasyikkan .Ada pulak event cycling disepanjang perjalanan ke Morib bnyk cycling mengambil bahagian.Setelah sampai ke Morib kami pun breakfirst.Nasi lemak dia sedap memang nak kena pergi lagi camni :D .
Pantai Morib kelihatan tidak begitu ramai pengunjung mandi disini mungkin petang nanti ramai pengunjung kerana kami ke sini pada waktu pagi .Selepas menikmati sarapan dan kena angin pantai di morib beach kami pun ke beach berikutnya iaitu Bagan Lalang.
Perjalanan ke Pantai Bagan Lalang diiringi dengan cycling rider. Ada event cycling kena lebih berhati hari semasa ride or drive. Penulis bergambar bersama papan tanda :D hehe
Tengah buat castle susah jugak la ..kotoq tangan haha Castle tak siap siap
Selepas itu kami pun ke beach berikutnya nama pun ride beach to beach keh keh keh.
Selamat datang ke Melaka bandar bersejarahTapi sebenarnya kami ke Pantai Tanjung Kassim untuk melihat pantai dan juga makan tengahari.
My bro test CBR 250 ..racun sikit..tak lama lagi tidur tak lena la. ahahaah
Thanks for reading my freelance blogger..haha
Thursday, November 13, 2014
Awesome Rainbow
On the way back from work.Saw this beautiful Rainbow at Putrajaya .I stop for a picture. This is awesome and beautiful .
Awesome sunset
Tuesday, November 4, 2014
Transcendence (Orchestral)- Lindsey Stirling
Fantastic....She is very talented I am so Impressive with the performance.
Saturday, November 1, 2014
Balai Dato Maharajalela Perak di Kamunting
Warisan Dato Maharajalela yang terbiar. Sedih bila balik kampung melalui jalan ini dan terpandang warisan yang dibiarkan....sedihnya..Masa zaman Sky kecil2 dulu bukan main cantiknya tempat ini masa tu takde kamera canggih lagi macam sekarang... isk isk..
Kalau ponteng sekolah mesti masyukk sini hehe...
Friday, October 31, 2014
Givi E22 Box
Cool new GIVI Box this box fix my current Bracket E 21 so I dont need to waste for the side bracket ....Awesoem........Adventue Touring CBR Mode...
Tuesday, October 28, 2014
Sunday, October 26, 2014
Peristiwa Acheh 2004
Assalammualaikum pembaca sekalian.Gambar ini masih disimpan dari 2005 gambar yang memberi keinsafan dan juga peringatan pada kita semua. Betapa hebat kuasa Allah sesungguhnya dialah maha berkuasa. Marilah kita sama sama mengambil iktibar dan memperbaiki diri kita dengan amalan , beristighfar dan berdoa.
Ikan berlari kerana dapat merasakan bencana yang amat hebat akan berlaku.
Lagi Kisah Click Disini
星屑live ä¸æ–‡ç¿»è¯ hehe
They are just so amazing .Wish them all the best and stay healthy... Amazing Kalafina.....
Kpop... huh..haha..go away....
Tuesday, October 21, 2014
Yamaha Tyre Inflator For Bike
Assalammualaikum pengunjung laman blog sky hehe. Bagi sapa sapa yang naik motor Yamaha Tyre Inflator atau mungkin ade lagi lain lain brand yang fungsi nya sama. Adalah satu product yang bagus untuk pengguna motosikal . Bagi saya yang berulang ke tempat kera jarak one way 40KM . Dan melalui highway . Bayangkan kalau ada tayar pancit takkan nak tolak kot jauh tu hehe. Nak bawak moto dalam keadaan tayar pancit rosak pulak sportrim kan.Saya menggunakan Tyre Inflator Yamaha untuk motosikal saya.
Cara guna bila tayar pancit or nak tambah angin senang sahajar
- Pasangkan cable dari tyre inflator merah / hitam kepada battery motor anda
- Masukkan kepala tyre inflator to tiub tayar anda
- Start engine dan dia akan pump tayar dengan menggunakan power dari battery motosikal anda.
- Tyre Inflator Yamaha ade jarum penunjuk berapa tekanan angin anda so and boleh la rujuk manual berapa PSI untuk kenderaan anda.
- Saya dah test dekat kancil saya .Masa nak bawak perasan tayar kurang angin dan try pam dengan Yamaha Tyre Inflator ianya dapat mengepam tayar kancil .Alhamdulillah dengan teknologi sekarang ianya menjadi mudah. Tak dapat bayangkan kalau guna pam kaki mahu berpeluh dan selalunya memang tak ter pam la betul tak.
Sekian sahaja dari saya untuk kawan kawan. Boleh dibeli di Kedai kedai motosikal or mungkin DIY Shop.Saya beli di Sentul Bike Shop. Harga masa tu RM 100+ sekarang tak pasti la pulak .
Dah Sarap Blom
Hangpa dah sarap blom.Kalau belom baik g sarap pagi pagi hehe. Kawe menu hari ni Nasi Kerabu Putrajaya Gate 1. Sedap woo......tiap tiap minggu mesti pekena nasi kerabu kat sini.
Wednesday, October 1, 2014
Keretapi 1887
Jom sapa nak ikut naik keretapi. Keretapi 1887 . Asyik naik vroom ja jom try naik keretapi plak .Keretapi melalui lerng bukit ,perkampungan dan akan singgah di setiap bandar. Walaupun lambat anda dapat melihat stesen stesen ataupun bandar yang tak pernah anda lawati lama dah tak guna pengangkutan train . Dulu naik masa zaman ada kelas Tiga.Nak kena test and review nanti tunggu ye.
Sunday, September 28, 2014
Menjejaki Gunung Ledang Mencari Puteri
Perjalanan menjejaki Gunung Ledang di Muar Johor.Kami bertiga memulakan perjalanan setelah regroup di Tol Tangkak.Setelah tiba pintu masuk Gunung Ledang kelihatan bayaran dikenakan ialah RM 2 kami bertiga kira RM 6 . Rupa rupanya ade lagi kena bayar ikut kepala tambah lagi RM 2 jadi semua RM 12. Bayaran dikena masuk ialah kenderaan RM 2 dan 1 Kepala RM 2 ..adoi
Souvenir shop kepada pengunjung boleh lah shopping souvenir disini.
Di permulaan perjalanan anda akan dapat melihat air sungai yang jernih dan sejuk.Ramai pengunjung membawa keluarga mandi manda di sini.
Ada yang pasang Tent mungkin bermalam di sini memang seronok pengalaman tidur di dalam hutan kaki bukit berhampiran sungai.
Kami meneruskan perjalanan untuk ke atas.Siapa yang tak pernah datang ke sini .Anda boleh lah bersenam dahulu sebab untuk ke atas perlu memanjat beberapa tangga ,melintasi batu dan juga jalan hutan dengan pokok yang patah untuk dilintasi.
Di larang menconteng haha jangan conteng dekat pokok tu sakit dia.
Perjalanan yang mendamaikan dengan kehijauan hutan,udara yang nyaman.
Nama Saintifik Pokok
Batu besar dan di sebelahnya ialah tangga menaiki ke atas Gunung Ledang
Penat bang sampai terbukak baju
Akhirnya sampai ke atas .Ini untuk melihat air terjun kalau yang mendaki lagi tinggi hingga ke puncak.
Tandas pun dah senget kalau berani guna le hehe
Asyiknya brother ni sampai boleh baring lagi di sebelah air terjun
Tumbuhan di atas pokok dekat bukit memang banyak .
Lebah ni dah mabuk sebab hisap air peluh masam hehe tak tau la apa yang terjadi pada si lebah ni selepas kami balik ...
Tangga menuruni anda dapat lihat air Sungai Gunung Ledang .
Kami ke Sawah Padi Muar . Model sambilan dalam perjalanan ini hehe
Pemandangan yang menghijau sawah padi di Muar
Saturday, September 27, 2014
Merdeka Ride 2014 DBC Rider
Assalammualaikum ....... salam kembara dari kami DBC Riders. Pada 29 August 2014 kami menjelajah ke Semenanjung sempena menyambut Merdeka 31 August 2014.Setelah sebulan kami berbincang berkenaan ride Merdeka 2014.Akhirnya kami semua bersetuju untuk menjayakan Merdeka Ride 2014.Jummat malam 29 August kami bertolak dari Tol Sg Besi menuju ke Muar Johor.Kami ke Muar pekena Mee Bandung Muar yang terkenal dengan keenakannya.Perjalanan kami malam itu agak sibuk memandangkan Merdeka jatuh pada Ahad sudah tentu cuti Isnin di kesempatan ini ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung.Kami tiba di Muar dan pekena Mee Bandung ada yang kena sampai dua pinggan hehe memang sedap sekali .Mee Bandung Muar memang ada umph..saya pasti datang lagi ke sini :) .
Kembara Merdeka DBC 29 August hingga 1 September 2014
KL - Johor
Johor- Kuala Terengganu
Kuala Terengganu-Kangar
Kangar - KL
Mileage 1800+ KM
Masing masing tak sabar nak makan Mee Bandung Muar yang terkenal .
Selepas itu perjalanan di teruskan kami akan ke Skudai .Kami menginap di Homestay Din Da.Rumah yang bersih. Kami tiba lewat dalam pukul 2.30 am. Terima kasih pada tuan Homestay kerana sanggup menunggu kami . Selepas tiba maklumlah dah pukul 2.30 sekejap sahaje semua sudah senyap.Homestay ini double storey house Corner Lot keadan dalaman dan luaran yang bersih.Jika anda ingin menginap anda boleh call Encik Hisham di nombor yang tertera di dalam gambar di bawah.
Din Da Homestay di Skudai.
Pada pagi keesokan kami bersiap siap untuk bergerak ke Kuala Terengganu melalui jalan Johor/Pahang Tenggara.
Motosikal dalam aksi DBC Merdeka Ride 2014
4 Yamaha LC 135
2 Yamah FZ 150i
1 Suzuki FXR 150
1 Kawasaki KIPS
1 CBR 250R
Kami akan memulakan perjalanan ke Bandar Johor Bahru ,Danga Bay dan bersarapan di Kampung Melayu Majidee.
Bendera Malaysia dipasang pada belakang motor saya Merdeka Ride mesti kena ada bendera beb hehe
Pusing pusing Johor Bahru nampaknya Danga Bay dalam proses construction jadi kami terus ke Kampung Melayu Majide untuk sarapan.
Murtabak Kampung Melayu Majidee ..... sedapnye.
Semua peserta nampak ceria setelah pekena Murtabak tak sabar nak mengembara katanya.Dan selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Kota Tinggi -Mersing-Rompin-Pekan-Kuantan-Kuala Terengganu.
Di Kota Tinggi .Terbaik kata Encik Fadhli
Perjalanan di Tenggara malaysia sesungguhnya sungguh mengasyikkan dengan pemandangan yang hijau. Jalan yang lurus dan cantik.Kelihatan cuaca yang baik mengiringi kami dalam perjalanan ke Mersing.
Fudzail pengalaman pertama ride jauh .Sungguh seronok dapat melalui jalan jalan yang tak pernah dilalui dan juga melihat tempat orang.
Dari Kota Tinggi kami meneruskan perjalanan ke Rompin Pahang.
Kami tiba di Mersing Johor kami singgah refuel dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke Pahang.Bandar Mersing yang unik bagi saya aman damai bila berada di sini.
Jambatan di mersing suasana yang unik di mana cuaca yang baik angin laut sepoi sepoi .Dan juga pemandangan yang yang menggamit jiwa maklumlah kami bekerja di Kuala Lumpur tiap tiap hari dengan kesesakan lalulintas.
Kami tiba di Daerah Rompin Pahang semua peserta masih nampak gagah untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu .
Kami singgah makan di Daerah Pekan Pahang bergambar di hadapan Muzium Pekan .Dan selepas kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melintasi Bandar Kuantan dan melalui jalan tepi pantai .
Pada petang kami tiba di Terenganu .Masih jauh lagi tapi semua rider nampak bersemangat kata mereka jauh perjalanan luas pengalaman.Betul kan memang seronok bila anda mengembara denga motosikal freedomnya memang tak terkata.
Sebelum tiba daerah Kerteh kami singgah disini. Dalam perjalanan kami ternampak seperti ada event dalam hati baik aku berhenti tengok. Rupa rupanya event kelab lori. Saya selama ni pun tak tahu .Ingat kelab motosikal dan kelab kereta sahaja rupanya lori pun ada. Betul kan jauh perjalanan luas pengalaman.Memang seronok bila dapat tengok benda yang kita tak tahu.
Kami mengambil gambar di salah sebuah lori.Baju ride kami berlogo Pray4Gaza sama dengan lori tu.Bersyukur kita di Malaysia negara yang aman merdeka marilah kita sama mendoakan kesejahteraan dan keamanan bagi saudara kita disana.
Kami bergambar di Dungun iaitu tempat di mana Petroleum Gas Asli di proses.
Kuala Terengganu semakin hampir dan hujan gerimis menyambut kami dalam perjalanan ke Kuala Terengganu.
Kami singgah makan malam sebelum tiba di Kuala Terengganu.
Malam berikut kami tiba di Kuala Terengganu dan menginap di Homestay Persinggahan & Penginapan Siti Khadijah. Jika anda ke Kuala Terengganu boleh lah anda tempah homestay ini.Ianya berada di Bandar Kuala Terengganu.
Setelah satu seharian ride sebaik tiba kami pun merehatkan badan.Untuk menempuh perjalanan esok nya iaitu ke Perlis Indera Kayangan.Ada yang keluar menyambut Countdown Hari Merdeka hehe. Saya lena diulit intan hehe.
Pagi keesokan kami bersarapan di warong berdekatan dengan homestay anda boleh berjalan kaki sahaja untuk ke kedai ini.
Kami bergambar kenangan di Masjid Kristal Kuala Terengganu.
Dan selepas itu kamai meneruskan perjalanan ke Kelantan melalui beberapa daerah Permaisuri,Jerteh,Pasir Puteh ,Tanah Merah dan Jeli
Kami tiba di Negeri Kelantan Darul Iman memang seronok perjalanan yang mengasyikkan dengan kehijauan tumbuh tumbuhan dan juga bukit bukau.
Daerah Pasir Puteh Kelantan
Kami singgah di Jeli untuk bershopping .Saya kalau singgah disini mesti beli T shirt memandangkan ianya murah dan kualiti yang baik.
Selepas itu kami meneruskan perjalanan melalui Banjaran Titiwangsa . Perjalanan merentasi bukit bukau . Kami tiba dan berhenti untuk bergambar di RNR Banjaran Titiwangsa. Pemandangan di atas sini dengan bukit menghijau dan menghirup udara yang nyaman sambil pekena teh tarik ....fuhhh....syoknyaa...
Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Tasik Banding Gerik Perak. Bagi rider yang pertama kali datang kesini mereka rasa sungguh gembira .Kali pertama dapat melihat Tasik Banding yang cantik. Disini pada yang kaki pancing anda boleh sewa bot tidur dalam bot.Saya belum pernah lagi cuma ride singgah tengok keindahan alam.Satu hari nanti saya akan ride dan memancing disini pulak hehe.
Perjalanan kami diteruskan ke Kupang .Hujan renyai renyai menyambut kami .Udara yang segar diliputi hutan dan bukit yang menghijau.
Perjalanan yang mengasyikkan pemandang matahari terbenam jalan menuju ke Kupang
Kami tiba di satu daerah dimana saya tak sempat untuk rekod.Berdasarkan pemandangan ribut baru berlaku di kawasan ini. Bumbung rumah dan juga kedai kedai musnah ada yang tersangkut di Tiang Elektrik.Pasukan Bomba juga kelihatan.Perjalanan kami diteruskan ke Baling.Kami melalui jalan di Bukit bukau pada malamnya.Memang gelap .Apabila tiba di stesen minyak kakak petrol pam menyapa kami dalam loghat kedah " awat hangpa ikut jalan ni jalan ni ulu " ooo mana kami tau hehe memang betul kata kakak itu kami melalui perjalanan malam itu dengan gelap dan hanya nampak lampu motosikal kami begitu kurang kenderaan melalui jalan berikut.Tapi memang seronok dapat melalui jalan yang tak pernah kita lalui satu pengalaman yang baru bagi saya dan juga para semua rider.
Malam berikut kami berhenti makan malam di Kedah .Kangar semakin Hampir .Setelah tiba di Homestay tuan rumah menyambut kami. Tuan rumah begitu ramah dan kami berterima kasih pada tuan homestay kerana kami tiba lewat menempuhi perjalanan yang jauh iaitu dari Kuala Terengganu ke Kangar Perlis.
Keesokannya kami meneruskan perjalanan ke Padang Besar. Rugi tak pergi sini bila dah berada di Kangar.
Sebelum itu kami singgah bersarapan di warong berdekatan.
Bergambar di Padang Besar
Ada yang shopping sampai penuh box hehe . Saya sampai ikat tank bag depan belakang side box full.Memang syok ride macam ni hehe
Suasana di dalam di Padang Besar
Selepas satu jam kami bershopping tiba masa untuk balik ke Kuala Lumpur. Alhamdullillah semua peserta selamat pergi dan pulang pada Merdeka Ride ini . Saya dapat melihat keseronokan dan kepuasan para rider dimana ada yang dah tanya lepas ni mana kita nak ride lagi hehe.
Sekian dari saya CBR Touring Mode Wassalam.
More picture
Video Ride Record Guna JVC Addixion,SJ 4000 dan Sony HDR AS -100V
Subscribe to:
Posts (Atom)
MBC Ride Pekan Baru - Bukit Tinggi - Padang (MBC Sumatera Ride )
Hi All ...!! This time we ride from Pekan Baru to Bukit Tinggi and Padang Sumatera 2017 lama x tulis tulis ... woi.... dh malas hehe...
-
Here is the sample from me to you you can copy and paste to Ms Word. For rider/driver going to Thailand using friend/company vehicles or m...
-
My Last Visit Betong was on 2014 So it was 3 years ago :( It's good to be back 😂 On Saturday 16 Dec 2017 At 8.30 am we ride fr...
-
Warisan Dato Maharajalela yang terbiar. Sedih bila balik kampung melalui jalan ini dan terpandang warisan yang dibiarkan....sedihnya..Masa...