Perjalanan menjejaki Gunung Ledang di Muar Johor.Kami bertiga memulakan perjalanan setelah regroup di Tol Tangkak.Setelah tiba pintu masuk Gunung Ledang kelihatan bayaran dikenakan ialah RM 2 kami bertiga kira RM 6 . Rupa rupanya ade lagi kena bayar ikut kepala tambah lagi RM 2 jadi semua RM 12. Bayaran dikena masuk ialah kenderaan RM 2 dan 1 Kepala RM 2 ..adoi
Souvenir shop kepada pengunjung boleh lah shopping souvenir disini.
Di permulaan perjalanan anda akan dapat melihat air sungai yang jernih dan sejuk.Ramai pengunjung membawa keluarga mandi manda di sini.
Ada yang pasang Tent mungkin bermalam di sini memang seronok pengalaman tidur di dalam hutan kaki bukit berhampiran sungai.
Kami meneruskan perjalanan untuk ke atas.Siapa yang tak pernah datang ke sini .Anda boleh lah bersenam dahulu sebab untuk ke atas perlu memanjat beberapa tangga ,melintasi batu dan juga jalan hutan dengan pokok yang patah untuk dilintasi.
Di larang menconteng haha jangan conteng dekat pokok tu sakit dia.
Perjalanan yang mendamaikan dengan kehijauan hutan,udara yang nyaman.
Nama Saintifik Pokok
Batu besar dan di sebelahnya ialah tangga menaiki ke atas Gunung Ledang
Penat bang sampai terbukak baju
Akhirnya sampai ke atas .Ini untuk melihat air terjun kalau yang mendaki lagi tinggi hingga ke puncak.
Tandas pun dah senget kalau berani guna le hehe
Asyiknya brother ni sampai boleh baring lagi di sebelah air terjun
Tumbuhan di atas pokok dekat bukit memang banyak .
Lebah ni dah mabuk sebab hisap air peluh masam hehe tak tau la apa yang terjadi pada si lebah ni selepas kami balik ...
Tangga menuruni anda dapat lihat air Sungai Gunung Ledang .
Kami ke Sawah Padi Muar . Model sambilan dalam perjalanan ini hehe
Pemandangan yang menghijau sawah padi di Muar
No comments:
Post a Comment