Friday, December 9, 2016

MBC Medan Aceh Ride




MBC Medan Aceh - Ride
(Medan -Langsa-lhokseumawe-Banda Aceh- Sabang Island-Melaboh-Kota Subulussalam - Samosir-Berastagi-Medan)
Tarikh 10 Dec -17 Dec 2016
Total Jarak Ride - 1600KM+

Senarai Rider dan Motosikal
MBC Takutnyer -LC 135cc
MBC Shah GS - LC 135cc
MBC Pak Lah - Yamaha Lagenda
MBC Jeff - LC 150cc
MBC Mardman -Pulsar 180cc
MBC Mizi MZ - LC 135cc
MBC Uncle Francis  -Yamaha Lagenda


Hari pertama 10 December Sabtu
Medan ke Lhoksumawe 
Jarak 335 KM

Ride kami bermula dari Medan pada pukul 10 pagi  trafik di kota agak Medan agak sibuk sekali seperti di Kuala Lumpur dan  setelah menempuh perjalanan sejauh 170KM kami singgah di Langsa Aceh.Kota Langsa adalah pintu masuk ke Aceh.Sebaik tiba di Langsa Aceh.Kami berhenti di kedai tepian jalan di mana kedai itu dimiliki salah seorang bikers Langsa.Kami di jemput makan Ketam :) dan juga kopi Aceh.Dan selepas itu kami pun bergambar dengan rider rider dari Langsa di mercu tanda Langsa.Untuk pengetahuan Langsa adalah sebuah kota kecil yang terletak di penghujung Province  Aceh. Awalnya Langsa termasuk ke dalam bahagian Aceh Timur, Namun pada tanggal 12 Jun 2001 sesuai dengan Peraturan dan Undang-Undang Pemerintah ditetapkan bahawa Langsa berstatus menjadi Kota Langsa. Meskipun Kota Langsa tergolong kecil, tapi kota ini cukup terkenal dengan sejarah masa penjajahan dulu yang ditandai dengan beberapa peninggalan bangunan serta ornamen sejarah, dan wisata.





Tugu Kota Langsa





Tugu Pahlawan Perjuangan Kota Langsa


Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Lhoksumawe dari Langsa perjalanan
ke Lhoksumawe di anggarkan dlm jarak 170 KM.Kami tiba pada pukul 8 malam dan menginap di hotel Vina Rinal.Dan makan malam di kedai berdekatan.Perjalanan pada hari ini agak memenatkan kerana perjalanan di jalan yang agak sibuk di sepanjang jalan.






Dinner di kedai berhampiran di Lhoksumawe






Hari Kedua 11 December Ahad
Perjalanan dari Lhoksumawe ke Banda Aceh
Jarak 275 KM

Hari kedua dalam perjalanan ke Banda Aceh kami singgah di Makam Syahid Lapan (di tepi jalan).Dinamakan makam Syahid Lapan, kerana di situ dimakamkan delapan pejuang yang gugur melawan Belanda. Mereka adalah Tgk Panglima Prang Rayeuk Jurong Binje, Tgk Muda Lem Mamplam, Tgk Nyak Balee Ishak Blang Mane, Tgk Meureudu Tambue, Tgk Balee Tambue, Apa Syehk Lancok Mamplam, Muhammad Sabi Blang Mane, dan Nyak Ben Matang Salem Blang Teumulek.










Perjalanan kami diteruskan ke Pidie Jaya Aceh.Dari Makam Syahid Lapan ke Pidie Jaya perjalanan mengambil hanya 10-15 minit. Kami tiba di Pidie Jaya kawasan yang dilanda gempa bumi baru baru ini pada 7 disember 2016 .Kami terserempak dengan kumpulan bikers bikers disini yang datang membantu.Terasa begitu seronok sebab bikers di sini begitu mesra dan mereka membawa kami masuk ke kawasan kampung kampung yang rosak kesan dari gempa bumi yang melanda Aceh Pidie Jaya. Kami mengambil gambar kenang kenangan di kantor kantor pos mangsa Di kesempatan dalam ride ini kami melawati dan memberi sedikit sumbangan derma ikhlas.Sungguh sedih bila melihat keadaan dan juga musibah yang tak putus putus melanda Aceh .







Bergambar di hadapan Balai Polis Pos Lantas Pidie Jaya




 


Gambar bersama Group Bikers Honda CB 150R 










 Bergambar kenangan di Pos Kecemasan di Pidie Jaya





Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Banda Aceh.Perjalanan ride yang begitu menyeronokkan dengan jalan dan udara yang segar melalui landsakp kehijauan pemandangan yang segar. Dengan jalan selekoh di kawasan kampung kampung dan pemandangan kebun yang menghijau.



Syok beb dapat ride ke Aceh




Perjalanan dengan hutan menghijau jalan layan corner lagi hehe









Kami tiba di Banda Aceh hampir senja.Dan menginap di Hotel Hip Hop.Selepas check in kami pun keluar jalan jalan di Banda Aceh.Hotel ini tiada lift jadi kami yang tinggal bilik tingkat empat terpaksa naik tangga hehe.

  







Kami pekena Mee yang Famous di Banda Aceh iaitu Mee Razali.Fuhh..memang sedap ...udang ..sotong…ketam….dalam 10 minit clear ...  :)
Kalau anda datang ke Banda Aceh jangan lupa mai sini :)
Harga mahal hehe..biasa laaa....dh mai

 


Baiturrahman Grand Mosque






Hari Ketiga 12 December Isnin
Jarak (Tiada Rekod)–Pusing Pulau Sabang  
Perjalanan dari Banda Aceh Ke Pulau Sabang (Ferry)

Ride hari ini tidak jauh cuma Ferry ke Pulau Sabang limited.Kami dari Banda Aceh ke pelabuhan hanya 10 minit perjalanan.Kena pergi ke Pelabuhan awal awal dan ambil tiket .Semasa parking menunggu ferry pastikan group anda parking motor dekat dekat dan jangan ada ruang kerana semasa ferry tiba semua orang berebut rebut .Jika anda tertinggal ferry seterusnya lagi 2 Jam :D  .






Sebelum ke ferry port kami mengambil gambar di Sign Board Pantai ULEE LHEUE





Tunggu ferry 2 jam baru sampai masa ferry hampir tiba kena asak asak kedepan sikit
Sebab ramai rider tempatan .berpusu pusu naik ferryKalau ferry penuh anda kena tunggu lagi 4 jam untuk fery berikutnya :(











Motor semua parking dekat dekat memang pack sekali masuk dalam fery ni.



















Kami duduk dekat atas sekali.Perjalan Fery ke Pulau Sabang mengambil masa satu jam setengah.Bertuah kami pada pertama kali ketika ferry dalam perjalanan ke pulau Sabang kami terserempak dengan kumpulan kecil Ikan Lumba Lumba selalu tengok dalam TV je.Tak sempat nak snap kerana ianya berkeliaran di tepi fery sambil menukar nukar posisi.Sebaik tiba di Pulau Sabang kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi 0 Kilometer Indonesia .Dalam perjalanan kami singgah di tempat Tempat yang menjadi tumpuan para pengunjung.







Sabang Merauke








Mercu Tanda I LOVE SABANG .

Ramai group motor ketika kami sampai di sini.Jadi kena ambil gambar cepat cepat
group motor yang lain tengah menunggu giliran untuk bergambar.





KILOMETER0
   INDONESIA




Selepas melauli jalan yang cantik pemandangan hijau dan laut .Kami tiba di destinasi yang pastinya menjadi tumpuan semua bikers dan juga para pengunjung iaitu Kilometer0 Indonesia.Seronok berada disini ada kedai makan sambal menikmati makanan atau minuman anda dapat lihat pemandangan laut terbentang luas dan udara yang nyaman sekali.






Selepas itu kami pergi mandi pula.Air yang jernih disini kita juga boleh snorkeling.Disebabkan masa yang suntuk kami hanya mandi sahaja.





Like dari Abang Abang MBC di Pantai Iboih Sabang







Pada petangnya kami Ronda Ronda Pulau Sabang memang seronoklah dapat Ronda Ronda kan.Apatah lagi di pulau dengan pemandangan laut biru …udara yang nyaman..makanan yang sedap memang seronok sekali.







Pulau Weh Sabang







Sunset di Pantai Pulau Weh Sabang

Aktiviti di Pulau Sabang begitu limited kerana kami hanya berada disini 1 hari sahaja.Jadi banyak lagi tempat yang kami tidak dapat lawati.Jadi pada rider rider yang akan datang saya syorkan supaya anda jadualkan 2 hari ketika melawat Pulau Sabang .







Hari Ke Empat Selasa 13 December
Perjalanan dari Pulau Sabang Ke Banda Aceh Dan Melabuh
Jarak 265 KM



Seperti biasa pagi pagi lagi kami dah bergerak ke Ferry Port.Kerana ferry yang limited jika anda terlepas ferry anda kena menunggu beberapa jam lagi untuk ferry seterusnya.








Kami menunggu giliran motor masuk Ferry ke Banda Aceh.









Sebaik tiba kami terus ke Situs Tsunami PTLD Apung.Kapal yang terapung ketika Tsunami yang dasyat melanda Aceh pada 2004.Di atas kapal ini anda dapat melihat pemandangan Banda Aceh .








Monumen Tsunami





Kapal PLTD APUNG 1





Destinasi Seterusnya ialah Aceh Tsunami Museum.Tidak lengkaplah kalau datang ke Aceh tapi tidak melawat Aceh Tsunami Museum.Hanya 5-10 minit perjalanan dari Kapal Situs Terapung.Perjalanan kami mengambil dalam 15 minit kerana hujan dan juga jalan sesak mungkin kerana waktu habis sekolah kerana kelihatan ramai pelajar pelajar sekolah ketika kami dalam perjalanan ke sini







Aceh Tsunami Museum


Selepas tiba kami pun masuk ke Museum Tsunami Aceh.Permulaan masuk museum ketika melalui lorong gelap anda akan mendengar air bah dari atas dan juga suara dalam suasan kelam kabut.Situasi ini telah di dicipta untuk pengunjung bagaimana dan keadaan hura hara semasa berlakunya peristiwa yang dasyat ini.Di dalam nya lagi tertera nama nama mangsag dan juga gambar gambar ketika Tsunami ,Negara Negara yang membantu dan juga pembangunan selepas berlakunya Tsunami.

Fungsi Museum Tsunami Aceh

Sebagai objek sejarah, dimana museum tsunami akan menjadi pusat penelitian dan pembelajaran tentang bencana tsunami.
Sebagai simbol kekuatan masyarakat Aceh dalam menghadapi bencana tsunami.
Sebagai warisan kepada generasi mendatang di Aceh dalam bentuk pesan bahawa di daerahnya pernah terjadi tsunami.
Untuk mengingatkan bahaya bencana gempa bumi dan tsunami yang mengancam wilayah Indonesia. Hal ini disebabkan Indonesia terletak di “Cincin Api” Pasifik, sabuk gunung berapi, dan jalur yang mengelilingi Basin Pasifik. Wilayah cincin api merupakan daerah yang sering dilanda gempa bumi yang dapat memicu tsunami.


 


Masjid yang utuh saat tsunami.Di mana kawasan sekitar habis di bawa oleh arus air akibat Tsunami.Tetapi Masjid ini masih utuh berdiri.




Lihatlah ombak yang begitu tinggi hingga 25 meter di masa kejadian.




Catitan selepas ombak keadaan rumah rosak,mayat bergelimpangan keadaan yang begitu huru hara.Anda juga dapat melihat keadaan ini ketika melawati Aceh Tsunami Museum anda akan dibawa masuk ke bilik nonton video peristiwa Tsunami Aceh.Syukur kepada Allah kerana memberi peluang kepada saya menjejak Bumi Aceh dan melawat Banda Aceh melihat kesan kesn Tsunami.






Selepas habis melawat Museum Tsunami.Kami makan tengahari di Banda Aceh dan kemudian meneruskan  perjalanan  ke Melabuh.





Perjalanan ke Melaboh begitu mengasyikkan .Pemandangan bukit bukau menghijau laluan mendaki bukit dan apabila mendaki bukit pemandangan sebelah kanan ialah laut Indie Ocean mata tidak henti henti menjeling kerna panorama view yang begitu indah sekali.Sesekali kami berhenti untuk mengambil gambar.

 












Dan kami berhenti minum di atas bukit di Puncak Geurute Aceh Jaya.Sambil menikmati makan minum di sini anda dapat melihat pemandangan di sebelah kanan ialah laut yang cantik dan terdapat pulau kecil.Sebelah kiri bukit bukau udara yang segar dan nyaman.



 

kawasan Gunung Geurutee kerap menjadi tempat persinggahan bagi mereka yang melakukan perjalanan jauh. Namun ada juga yang sengaja datang kesini untuk menikmati pemandangan laut dari pinggir-pinggir tebing. Mereka menikmati keindahan panorama gunung ini, sambil minum kopi aceh. Di sepanjang kawasan gunung ini memang banyak berdiri warung kopi yang menyediakan kopi khas Aceh. Selain menjajakan kopi, warung-warung ini juga menjajakan makanan dengan harga yang terbilang murah.




 

MBC Uncle tengah pekena Kopi Terbalik - Kopi Aceh






Puncak Geurute Aceh Jaya







Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Melabuh.



  
Selepas 3 jam perjalanan dari Puncak Geurute Aceh Jaya Kami tiba di Melabuh pada malam (Waktu Maghrib) kami disambut bikers Melabuh dan mereka membawa kami makan durian .Kerana ada permintaan dari abang abang MBC yang mengidam nak makan durian Melabuh.Duriannya sedap sekali.Selepas itu kami pun check in di Hotel Losmen Lisa Melabuh .Makan malam di kedai berhampiran dan kami ke hotel untuk berehat kerana esoknya kami akan menempuh perjalanan yang panjang.







Hari Ke Lima Rabu 14 December
Perjalanan dari Melabuh ke Samosir Island
Jarak 500 KM

Hari ini perjalanan agak jauh kami akan melalui Kota Subulussalam adalah sebuah kota di provinsi Aceh, Indonesia. Kota ini dibentuk berdasarkan Undang-Undang Nomor 8 Tahun 2007.Kami bertolak dari Melaboh dalam pukul 6 pagi.Selepas 4 jam perjalanan dari Melabuh kami singgah sarapan pagi di kedai makan RM Susan.Saya macam biasa sejak beberapa hari di Sumatera asyik makan Indo Mie sedap pulak tu.Keropok di kedai ini sedap sekali.Habis licin abang abang MBC sapu.







Kedai Makan RM Susan :)








Perjalanan ke Kota Subulassalam pada hari ini agak panas dan jalan yang begitu mengasyikkan seperti biasa pemandang hutan yang hijau melalui persisir pantai dan juga sesekali melewati bukit .Kami tiba di Kota Subulussalam pada pukul 4.40 pm setelah mengharungi 10 jam dan 40 minit perjalanan dari Melabuh.






Sebelum tiba di Kota Subulussalam kami melintasi pecan kecil yang sesak dengan peniaga peniaga di tepian jalan




  
Selamat datang ke Kota Subulussalam





Kami makan tengahari di disini semua rider begitu lapar sekali kerana sudah mengharungi perjalanan yang panjang dan juga suasana yang agak panas .






Selepas itu perjalanan kami diteruskan ke Samosir Island perjalanan ke Samosir berbaki lagi 170 KM .Yang seronoknya perjalanan hari ini selepas Kota Subulussalam jalan untuk ke Samosir Island agak teruk jalan jalan yang berlubang di sepanjang jalan dianggarkan dalam 70 KM dengan kelajuan antar 30-40 kmph.Tetapi ianya begitu seronok sekali jalan ini ialah jalan jalan di lereng lereng bukit kalau anda tengok landskap google map Semakin hampir di Samosir anda akan dapat merasa suasana sejuk kerana semasa anda ride ke Samosir sebenarnya anda telah naik ke tanah tinggi iaitu bukit sama seperti anda ride di Cameron.Saya dah tak tahan sejuk semasa memasuki kawasan tanah tinggi dan berhenti sekejap pakai baju hujan untuk menahan angin sejuk menembusi jaket .Perjalanan ini memang berbaloi setelah penat mengharungi jalan yang panjang dan teruk dan bila tiba di Samosir anda akan dapat melihat pemandangan yang begitu mengujakan.Masyaallah…begitu indah sekali….pemandangan Danau Toba dari atas Bukit.




Selamat Datang Di Samosir Kabupaten Pariwisata





Perjalanan turun ke bawah begitu mengasyikkan dan view yang cantik pemandangan Lake Toba  dan bukit bukau kami tiba di bawah pada pukul 7.30 PM


 







View Danau Toba Terbaik










Bukit bukit menghijau lihatlah keindahanya.disepanjang perjalanan melewati Danau Toba ini.Kejap kejap kena berhenti ambil gambar hehehe.







Setelah tiba di Danau Toba kami pun teruskan perjalanan ke Hotel dan tiba pada malam Danau Toba besar sekali tasiknya.Kami tiba hotel pada malamnya dan hujan pun turun suhu di sini begitu sejuk sekali.Dan selepas check in kami pun dinner di kedai berhampiran dan kembali berehat di hotel setelah menempuh perjalanan yang panjang pada hari ini semua rider sudah penat.Kalau tidak silap saya ride kami dari 6 pagi sampai 9 malam ke Danau Toba dari Melabuh 15 jam ride :)  .








Hari Ke Enam Khamis 15 December
Perjalanan dari Samosir ke Berastagi
Jarak 170 KM

Suasana pagi di Danau Toba begitu mengujakan dengan pemandangan Tasik yang terbentang luas dan bukit bukau menghijau.




Selepas breakfirst di hotel pada pukul 10 pagi,rehat dan pada pukul 12 pm kami pun check out dan meneruskan perjalanan ke Berastagi.Dalam perjalanan kami singgah di Muzium Batak di Samosir Island




Dari hotel kami ke Muzium Batak ini tidak jauh kerana ianya terletak di Tasik Toba.Jika jalan jalan ke Danau Toba, pulau Samosir, Sumatera Utara, sangat rugi kalau tidak singgah ke sebuah museum bernama Museum Batak Tomok. Kerana di Museum ini kita bisa mengetahui sejarah suku Batak dan peradabannya yang cukup panjang.












.
Museum Batak yang berdiri di atas lahan 180 meter persegi, mengoleksi replika benda-benda peninggalan nenek moyang suku Batak sejak ribuan tahun lalu.




Cenderahati menarik seperti kaos/t-shirt, pakaian, gantungan kunci, tas, asbak, batik, dan pernak-pernik lainnya di dalam Museum Batak







 
Perjalanan kami pun diteruskan ke Tomok Pelabuhan Ferry.Ferry untuk ke Ajibata pelabuhan seberang di mana kami akan meneruskan perjalanan ke Berastagi.

Bila tiba di pelabuhan kami mengambil tiket dan selepas itu kena tunggu ferry .Ferri tiba setiap 2 jam .Kalau tak silap feri yang beroperasi hanya satu sahaja dan perjalanan ke seberang mengambil masa 1 jam.Jadi jika anda plan nak kesini boleh lah tengok internet jadual perjalanan feri di Pelabuhan Tomok ini.



Feri ke Ajibata Pelabuhan tiba.Dan untuk menaiki ferri kali ini tidak lah sesak seperti di Sabang Island.



 



Kelihatan tarikan yang diadakan kepada penngunjung anda baling duit syiling dan kanak kanak ini akan menyelam dan mengutip duit yang jatuh ke dalam air.



Selepas menyeberangi Toba dan tiba di Ajibata Ferry Port.Kami meneruskan perjalanan ke Berasatagi.Perjalanan dianggarkan 170 KM .Di tengah perjalanan menuju dasar air terjun, kita juga dapat menikmati pemandangan Danau Toba yang ada di sebelah kiri.
Dalam perjalanan ke Berastagi mata asyik terpukau dengan pemandangan Danau Toba di sebelah kiri kami dan bila tiba di tempat  tempat yang viewnya cantik pasti berhenti untuk mengambil gambar .


 





View Danau Toba  behind Us  :)  








Setelah mengharungi hampir 3 jam perjalanan kami tiba di Sipiso Piso Waterfall.Saat berada di lokasi ini, jangan ragu-ragu untuk mengabadikan bergambar kenangan tersebut. Air terjun Sipiso-piso dimasukkan dalam salah satu destinasi yang wajib dikunjungi di Sumatera.




.
Air terjun ini memiliki ketinggian 120 meter atau sekitar 360 kaki sebelum mengalir ke Danau Toba, begitu ramai pengunjung berkunjung ke tempat ini .





Salman dengan gaya uniknya :D







Tadahan Air :)

Perjalanan kami berbaki lagi 50 KM ke Berastagi.Kami tiba di Berastagi pada Maghrib dan suhu di sini seperti Cameron atau Genting begitu sejuk sekali.Kami check in di Hotel Green Garden.Dan seperti biasa pada malamnya kami dinner di kedai berdekatan.Sejuk oooo..
ambe siap pakai baju hujan....jaket terasa sejuk jugak hehe.





Green Garden Hotel Berastagi

Hari Ke Tujuh Jumaat 16 December
Perjalanan dari Berastagi ke Medan
Jarak 70 KM

Berastagi adalah kota kecil di sekitar Medan yang terletak di dataran tinggi
Hari ini perjalanan kami pendek sahaja di mana kami sudah hampir tiba ke penghujung ride Medan -Aceh.Pada pagi breakfirst di Green Garden Hotel begitu enak sekali.Selepas breakfirst saya dan Abang Shah mengambil kesempatan pusing pusing di pasar pagi di Berastagi.






Mercu Tanda Berastagi

 




Pasar pagi di Berastagi

Sebenarnya banyak tempat tempat menarik di Berastagi yang boleh di lawati oleh kerana kami kesuntukan masa kami hanya ke Bukit Gundaling.






Bukit Gundaling adalah tempat terbaik untuk menikmati view Berastagi yang sangat indah. Bukit yang memiliki ketinggian 1.575 meter dari permukaan laut. Dari pusat Kota Berastagi hanya berjarak 3 kilometer.
Untuk memasuki puncak yang terletak di Jl. Jamin Ginting, Gundaling I, Berastagi, Kabupaten Karoini, Anda perlu membayar Rp2.000,-. Bagi Anda yang mengunjungi bukit ini, baiknya Anda datang di Pagi hari karena pada saat itu pemandangan dari puncak bukit ini terlihat begitu indah dan mempesona.




  
Gunung Sinabung Berastagi 




Kalau dah di photoshopnya jadi begini hehe






Disini juga anda boleh aktiviti berkuda




 
Selepas menunggu seketika ...dapat lah jugak gambar yang jelas :)
Pemandang Gunung Berapi Sinabung dan Berastagi sungguh Indah sekali pemandangan.



Dalam perjalanan ke Medan kami singgah di kebun untuk membeli Limau.Di sini beli limau anda petik sendiri didalam kebun memang best sekali.Kami di beri baldi dan aktiviti petik memetik limau pun bermula.Limau nya manis sekali.Kelihatan daun dan buahnya berdebu kesan dari abu gunung berapi Sinabung.

 




 

Selepas membeli limau kami pun bergerak ke destinasi terakhir kami iaitu Medan.Kami semakin hampir di penghujung ride.Perjalanan menuruni bukit ke Medan dari Berastagi seperti dari Cameron ke Simpang Pulai .





Dan apabila tiba di Medan jalan sesak dan kami menginap di J Hotel  Medan.Pada malamnya semasa kami dinner di Cafe Noesa Rasa .Di cafe berikut kelihatan ramai group bikers Superbike dan ada juga live band dan semasa group bikers itu mengetahui bahawa kami bikers dari Malaysia mereka mempelawa kami ke Pentas untuk bersuai kenal.Memang seronok sekali pada malam itu.Dan mereka (BOS) Bike Of SuryaNation mempelawa kami datang ke Event Bike yang di adakan keesokan harinya.





Gambar kenangan bersama BOS (Bike Of SuryaNation) Medan di Cafe Noesa Rasa





Hari Ke Tujuh Sabtu 17 December
Pusing pusing Medan-Sewa Kereta








 Istana Maimun Medan





 
Melawat Kedai BMW Motorrad Medan








Melawat Kedai Harley Davidson Medan







Melawat Kedai Yamaha - Yamaha MT 250 cc
Ini kalau masuk Malaysia mesti Hot punya







Dan pada petang berikutnya kami dijemput ke SuryaNation Bike Event yang di adakan buat pertama kali.Kami juga menerima cenderahati dari BOS (Bike Of SuryaNation) event iaitu T shirt SuryaNation.Terima kasih yang tak terhingga kepada BOS kerana menjemput kami ke event mereka.Memang seronok betul kami semua dapat T shirt dan juga mengenali group group bikers di Medan

 












Kami dengan T Shirt baru kami  :)  Thanks BOS

Dan pada malamnya adalah malam  terakhir kami di Medan kami dinner di restoran berdekatan iaitu Restoran Garuda.Sedih terasa pada malam  ini kerana keesokannya kami pulang ke Malaysia dan sudah pasti segala kenangan perjalanan ride ,pahit manis ,suka duka penat lelah dalam perjalanan ini tidak akan kami lupakan.Terima kasih tak terhingga kepada Joe dari YJSC Medan dan rakan rakan yang turut serta dalam ride ini iaitu Salman ,Agung,Panjang  dan Iwan anda semua memang sempoi sekali.Inshallah satu hari nanti kita akan bertemu lagi di ride akan datang.







Farewell Dinner Kami di Restoran Garuda.
Terima kasih juga kepada semua rider rider MBC yang terlibat dalam  ride Medan Aceh ini.

Untuk video click link di bawah channel sky rock507



MBC Ride Pekan Baru - Bukit Tinggi - Padang (MBC Sumatera Ride )

Hi All  ...!! This time we ride from Pekan Baru to Bukit Tinggi and Padang Sumatera 2017  lama x tulis tulis ... woi.... dh malas hehe...