Thursday, August 18, 2016

My Sumatera Ride In Bukit Tinggi



Assalammualaikum.Kali ini kami ride ke Bukit Tinggi Sumatera Indonesia.Kami menyewa motosikal
selama 3 hari di Bukit Tinggi .Sewa motosikal anda boleh dapati dari Hotel Hotel di Bukit Tinggi atau dari Travel Agent.Kadar sewa RM 25 Sehari.Saya betolak dari KLIA2 dalam pukul 1 flight ke Minangkabau Internasional Airport lebih kurang sejam.Dalam flight saya duduk bersebelahan dengan orang Bukit Tinggi dan sangat ramah orangnya kami bersembang rasa sekejap sahaja dah sampai airport minangkabau.

Rider dalam trip ini ialah

  • Ody
  • Saya  AKA Sky
  • Abang Mad


  • Hari Pertama fly dari KLIA2 ke Padang Airport



Ini adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di bumi Sumatera.Setelah  Flight sampai  di Minangkabau Airport.Kami pun mengambil Angkut Angkut ke Bukit Tinggi dengan bayaran 80,000 RP.Semasa dalam perjalanan ke Bukit Tinggi anda dapat melihat pemandangan menghijau  dan bukit bukau begitu mengasyikkkan.Setelah hampir 2 jam perjalanan kami pun tiba di Bukit Tinggi dan kami menunggu rakan menjemput kami di Jam Gadang.Dan selepas itu terus ke Hotel untuk mengambil motosikal .Kami menyewa motosikal scooter selama 3 hari.




Motosikal yang kami sewa adalah jenis Suzuki Scooter 125cc.Di sini kebanyakan motosikal adalah scooter macam di Thailand.Anda dapat melihat Yamaha FZ 150i (disini dipanggil Vixion) agak banyak disini dan juga Honda Tiger dan Honda CB 150cc.Hari pertama kami sempat ambil motosikal dari hotel dan pusing pusing Bukit Tinggi sahaja.





Kami bergambar di menara Jam Gadang mercu tanda di Bukit Tinggi.Kelihatan ramai pengunjung bersiar siar disini.Bersebelahan menara jam ini adalah kompleks beli belah Bukit Tinggi
shopping center lah katakan dan juga kedai kedai tempat jual barangan.


Pemandangan yang menakjubkan Gunung Singgalang dari tempat Menara Jam Gadang.


Setelah mengambil motosikal kami pun ride ke rumah kawan kami ody.Kami tinggal di Bulaan Gadang Sungai Buluah .Pertama kali ride di Indonesia agak takut jugak.Driver di sini kalau nak potong kita dia hon maksud dia nak potong kita , dah lah jalan dia kecil tidak ada lorong atau bahu jalan disini tak macam di negara kita.Jadi sebagai motosikal kita terpaksa ketepi sedikit untuk memberi laluan kepada kenderaan yang ingin memotong kita.Tiba di rumah kami pun berehat sebab sudah malam.Perjalanan kami akan bermula esok.



  • Hari Kedua-Perjalanan di bumi Indonesia Sumatera kami pun bermula





Day 1 Flag Off destinasi Harau Resort dan Batu Sangkar.Suasana disini sejuk sekali air paip rasa macam ais haha.Rumah yang kami tinggal disini berdekatan dengan Gunung Singgalang.Mungkin kerana itu suasananya sejuk.



Perjalanan ke sini pemandangan begi mengasyikkan anda dapat melihat bukit menghijau dan juga kawasan sawah padi di kiri dan kanan jalan.Kami tiba di destinasi pertama kami iaitu Harau Resort.Jangan ride masuk terus pastikan anda meminta tiket sebelum masuk ke Harau Resort ini.Di Harau Resort kami melawat kawasan air terjun .Air terjun agak sedikit .Menurut peniaga di situ disebabkan hujan yang agak sedikit menyebabkan air terjun tidak begitu kuat.




Dalam perjalanan masuk anda dapat melihat peniaga menjual tumbuh tumbuhan didalam Harau Resort menuju ke air terjun.Gambar diatas kelihatan pokok seperti ayam tapi sebenarnya ialah tumbuh tumbuhan unik sekali bentuknya.



Sebelum kami bertolak ada peniaga disitu menyarankan kami naik ke atas sedikit.Di sana katanya kami dpt melihat air terjun .Kami pun jalan dan alangkah seronoknya kami dapat juga melihat air terjun walau pun tidak kuat .Tapi sekurang kurangnya adalah juga air terjun dalam trip kami.Maklumlah dari jauh kami datang hehe.


Dikawasan air terjun ini kelihatan ramai murid sekolah.Mungkin trip dari sekolah datang melawat Harau Resort.Disini anda akan berasa nyaman sekali.Dengan air terjun dari bukit yang sejuk.Kawasan di kelilingi hutan menghijau udara yang segar menghilangkan rasa kepenatan dari ibukota.




Selepas tour di dalam kami pun keluar dari tempat air terjun dan dalam perjalanan kami ternampak rumah minangkabau.Kami tidak melepaskan kesempatan ini untuk bergambar.

Sampan pun ada anda boleh menaiki bayarannya saya tak pasti.Ada counter di sebelah kanan tapi kami cuma mengambil gambar disini.



Kami menaiki kuda di Harau Resort di Bintang Stable. Bayarannya RP 10,000 seorang untuk menunggang kuda.Owner nya begitu ramah sekali kami rasa terharu dengan layanan begitu baik yang kami terima.Selepas itu kami pun bertolak ke Batu Sangkar.




Oleh kerana trip kami hari jumaat kami singgah menunaikan solat Jumaat di masjid Surau Godang Kunci Loyang di Sarilamak.Unik sekali namanya.Masjid yang cantik dan bersih.


Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Batu Sangkar.Kami akan melawat Istana Pagaruyung.Istana yang satu ketika dahulu didiami oleh Raja Minangkabau.Tiket masuk untuk foreigner ialah RP 12,000.Anda boleh mengambil tiket di sebelah kiri pintu masuk di luar.

Kelihatan ramai sekali pengunjung di sini.Selepas membeli tiket kami pun masuk ke istana pagaruyung.





Suasana didalam Istana dipamerkan dengan peningalan Sejarah Mingnakabau.




Ada 3 tingkat .Anda boleh naik lagi keatas .Dan melihat view yang cantik di luar istana.




Pemandangan di luar istana dari tingkat tiga.Begitu indah sekali pemamdangan.Anda boleh memasuki bukan sahaja istana ini tapi rumah minangkabau yang berada di dalam lokasi istana ini.Anda boleh berjalan atau menaiki kenderaan yang telah disediakan untuk tour ke semua lokasi di kawasan istana pagar ruyung.




Dah datang sini rugilah kami kalau tak mengenakan pakaian Pahlawan Minangkabau ni :)
Sewa pakaian ialah RP 35,000 .Setelah mengenakan pakaian dengan keris fuhh...nampak seperti hulubalang yang terbilang hehe.Kami pun mengambil gambar kenang kenangan di depan Istana Pagaruyung.


Selepas itu kami pun bertolak pulang ke rumah.Ride disini jika ride malam agak bahaya.Disebabkan perjalanan di kampung kampung melalui lereng bukit yang tidak ada lampu jalan.Bayangkan kalau tayar pancit ,breakdown atau minyak habis.Dan jalan kecil anda tidak boleh bawak laju kelajuan kami purata 60 75 kmj.Jadi kalau nak pergi destinasi 50 km kami mengambil masa lebih dari satu jam.




  • Hari Ketiga perjalanan kami  ke Tasik Maninjau ,Kelok 44 dan Malalak.



Di pagi sebelum kami bertolak kami mengambil gambar danau pemandangan yang indah.Gunung Singgalang .Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke Tasik Maninjau.Perjalanan ke Tasik Maninjau seperti semalam melalui lereng bukit ,melintasi kampung kampung dengan pemandangan yang mengasyikkan .



Semasa turun untuk ke Tasik Maninjau .Jalan ini dipanggil Kelok 44.Macam Thousand Corner mungkin disini cornernya ada 44 dan cornernya macam Fraser Hills.




Tibanya di Maninjau Lake ...Alangkah terkejutnya saya....Wah ..pemandangan panorama dari atas bukit sungguh indah saya begitu teruja sekali dengan pemandangannya pertama kali saya dapat pemandangan yang indah bukit dengan tasik di dalamnya.Begitu hebat kuasa yang maha esa yang menciptakan alam .Saya rasa bersyukur dapat melihat pemandangan seperti ini dalam ride ini.Bagi anda yang mungkin pertama kali kesini anda pasti berasa kagum dan teruja dengan pemandangan Tasik Maninjau dari atas bukit begitu cantik sekali.


Selepas itu kami pun turun ,sambil turun kena layan corner Kelok 44.Corner dia rapat rapat macam corner L gitu...layan.corner dia ..
semasa menghampiri corner pastikan anda bunyikan hon .Jalan yang kecil sekali sekala kereta dari hadapan akan memakan jalan .Pastikan anda bunyikankan hon apabila menghampiri corner untuk alert kenderaan dari arah hadapan yang menghampiri selekoh anda.




Dalam perjalanan turun kami tidak melepaskan peluang bergambar.Lihatlah panorama yang begitu indah dan mengasyikan disini .Tengoklah pic kami cantik sekali motor merah model jaket merah dan rumah minangkabau berbumbung merah :)  .


Kami tiba di Kelok 1 .Bermaksud selekoh pertama.Selepas selekoh ini kami menuruni dan semakin menghampiri tasikManinjau.Tiada lagi corner patah selepas kami melepasi Kelok 1 ini.Apa yang anda dapat lihat ialah pemandangan tasik dan juga laluan perkampungan orang tempatan.Cantik dan mendamaikan suasana yang rileks.


Indah sekali pemandangan .Kelihatan penduduk tempatan menahan pukat di tasik ini.Disini juga kami berjumpa dengan penduduk tempatan dan bersembang mereka begitu ramah rasa begitu seronok berada disini.Selepas itu kami pun meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Pantai Tiku.






Selepas ride dalam cuaca agak panas.Kami pun tiba di Pantai Tiku. Saya tak rakam pulak masa perjalanan dari Tasik Maninjau ke Pantai Tiku ini.Pantai Tiku yang ditiup ombak dari lautan Hindi begitu mengasyikkan bila berada di tepi pantai ini.Kami berhenti dan berehat seketika di pondok yang telah disediakan di pantai ini.






Selepas itu kami ke Malalak.Perjalanan ke Malalak begitu indah seperti sebelum ini.Anda akan melewati kawasan kampung kampung.Dengan pemandangan yang begitu mengasyikkan .



Apabila sampai di atas bukit kami hanya dapat mengambil sedikit gambar kerana suasana berkabus.Kerana di puncak bukit.Selepas itu kami pun bertolak pulang.Perjalanan di Malalak macam anda naik ke Fraser or Genting.Sejuk dan berkabus.Tapi pemandangan disini lebih teruja .


Hari ni genap kami sewa motosikal hari ketiga.Jadi hari ni kami kena hantar motosikal ke hotel.Disini bila anda sewa motosikal owner akan isi mnyak penuh.Jadi sebelum pulang motosikal pastikan and refuel motosikal penuh semula sebelum hantar.Semasa kami mengisi minyak.Saya ternampak sekumpulan anak muda di petrol stasion.Dengan Motosikal Vespa yang telah diubah suai menjadi macam motor German (Ural)  boleh bawak passenger di sebelah.Unik sekali.Kami pun bersuai kenal dengan mereka dan mengambil gambar untuk kenang kenangan.Menurut anak muda ini mereka dalam perjalan tour Indonesia selama sebulan.Kami doakan semoga mereka selamat dalam perjalanan.Anak muda ini begitu ramah sekali.Dan apabila kami beritahu kami dari Malaysia.Berpusu kawan kawanya nak bergambar dengan kami.Rasa macam artis pulak hehe.



  • Hari keempat perjalanan dengan Van dari Sungai Buluah ke Padang


Keesokannya moto dah takde..kami menaiki van ke Padang .Dalam perjalanan kami singgah di Lembah Anai Air Mancur yang famous.Air terjun di tepi jalan.Air terjun Lembah Anai terletak di pinggir jalan yang menghubungkan Kota Padang dan Kota Bukit Tinggi,Tak complete rasanya kalau tak singgah di sini.Di sini anda juga dapat melihat rel keretapi yang dibina pada tahun 1881 membentang di antara bukit, tepat di atas jalan. Sangat menarik dan mempesona .




Air Terjun Lembah Anai.Air yang sejuk dan ramai juga pengunjung yang mandi manda disini.



Pemandangan di atas Jembatan Siti Nurbaya .Panjang jembatan 100 meter dengan panjang total mulai dari kaki jembatan di jalan Nipah sampai dengan jalan Batang Arau sepanjang 600 meter. Jembatan ini juga menghubungkan kota tua Padang dengan Taman Siti Nurbaya, tempat Siti Nurbaya dimakamkan.Anda boleh baca kisah ini dengan lebih lanjut di dalam internet atau blogger .




Sebelum pulang kami bergambar kenang kenangan di Signboard Padang.Selepas itu kami pun bergerak ke Minangkabau Airport dan pulang.Terima kasih kepada Saudara Ody kerana menyediakan
tempat tinggal dan menolong kami menyewa motosikal pada trip ride di Bukit Tinggi ini.Semoga berjumpa lagi di ride akan datang.Kepada rider yang belum pernah sampai anda boleh lah plan.Memang seronok ride di sini anda dapat melihat pemandangan yang menakjubkan disamping itu penduduknya ramah dan masakan Minang begitu Sedap Sekali.Cubalah .

Dibawah Video yang dirakam semasa dalam perjalanan di Bukit Tinggi.






MBC Ride Pekan Baru - Bukit Tinggi - Padang (MBC Sumatera Ride )

Hi All  ...!! This time we ride from Pekan Baru to Bukit Tinggi and Padang Sumatera 2017  lama x tulis tulis ... woi.... dh malas hehe...